Thursday, 3 January 2013

Rindunya pada dia...

Assalamualaikum w.b.t...

Sesi persekolahan sudah bermula.  Minggu pertama nie mesti ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan anak...betul tak!!

Jadual saya sekeluarga mula sibuk pada hari pertama tahun baru iaitu 1/1/13. Sebabnya kami harus menghantar semula anak sulungku ke asrama sekolah. Mengikut agenda taklimat akan bermula jam 10 pagi so sempatlah kami bersarapan di Little Craving One Utama.  

Suasana pagi tue di SMKDU agak sibuk dengan ibubapa dan para pelajar sampai tak cukup tempat duduk. Setelah selesai taklimat oleh gurubesar dan guru-guru penasihat maka bermulalah urusan pembayaran.

Alhamdulillah semuanya selesai jam 12:00 tengahari.  Nurin dah tak sabar nak masuk 'dorm' dan berjumpa dengan kawan2.  Tahun nie dah jadi senior...berlagak lah tue...Pesan mama pada Awin agar belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik.

Bila dia tak ada di rumah rasa sunyi pulak...especially masa time masak.  Dia memang suka menolong di dapur.  Selama cuti sekolah nie dapatlah dia belajar dan cuba pelbagai resepi untuk kami.  Boleh tahan jugak masakannya.

Cepatnya masa berlalu...terasa baru aje menghantar dia masuk tadika.  Hanya tinggal dua tahun aje lagi Nurin di alam persekolahan...Mama doakan Nurin buat yang terbaik untuk SPM tahun hadapan!!!!


 Masa di Mid Valley last week...

Muka happy nak tengok show 3D

No comments:

Post a Comment