Lama juga saya tak bercerita di blog nie. Sebelum itu, saya nak ucapkan 'Selamat Menyambut Maulidur Rasul' kepada semua ye...rasa-rasanya mesti ramai yang sambung cuti pada hari ini. Iyalah sambung cuti Thaipusam sampai hari Isnin. Syoknya cuti kan..kan..
Oklah sebenarnya sebab lama saya tak berblog ialah menguruskan pendaftaran anak sulung saya ke Sek. Men. Teknik Kuala Lumpur. Urusan pertukaran sekolah dan pengesahan dokumen perlu disiapkan dalam masa seminggu sahaja. Bayangkanlah bagaimana terkejar-kejarnya saya dan suami. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Pada pagi Isnin lepas, 21/01/13 bermulalah episod baru bagi anak sulung saya. Kami bertolak dari rumah jam 7:00 pagi. Perjalanan hanya mengambil masa 35 minit sebab tak ada kesesakan. Ingatkan kami yang awal sebab mengikut jadual program bermula jam 8:30 pagi rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kami. Antara yang awal adalah keluarga abangku (anaknya juga mendaftar pada hari tersebut).
Dewan Sek. Men. Teknik Kuala Lumpur
Kami mengambil no. giliran (no. 17). Ianya diambil di pintu masuk dewan mengikut jurusan yang diambil. Memandangkan acara belum bermula maka kami bertiga ke kantin sekolah untuk sarapan.
Hanya teh tarik...muka 'nervous'
Apa yang menarik yang aku nak cerita ialah sambutan yang kami terima. Sebaik sahaja kereta kami memasuki pagar utama, kami disambut oleh empat orang pelajar 'senior' yang memberikan program aturcara dan maklumat ringkas. Kenderaaan yang masuk dikawal oleh pelajar-pelajar yang sedia menunggu di setiap laluan ke tempat 'parking'.
Kami juga disapa dengan salam dan senyuman oleh para pelajar 'senior'. Cukup tertib dan hormat.
Selesai bersarapan kami bertiga ke dewan utama, kami diarahkan mendaftar mengikut nombor giliran yang diambil tadi. Proses dokumentasi berjalan lancar. Semuanya diuruskan oleh pelajar. Guru-guru hanya membantu sahaja.
Selepas urusan dokumentasi, kami menguruskan pula urusan asrama dan peralatan sekolah. Anakku ditempatkan di Bilik Tanjung. Sekali lagi kami disambut mesra oleh pelajar 'senior' yang sukarela membawa beg kami. Disebabkan kami awal maka tak ada masalah memilih katil. Pada hari tersebut, pelajar 'senior' membantu memasangkan cadar katil (cadar pelajar perempuan warna 'pink') terima kasih ye!!!
Selesai aje menguruskan asrama, para ibubapa dan pelajar baru diminta masuk semula ke dewan utama untuk taklimat oleh pengetua sekolah.
Taklimat yang diberi cukup membangkitkan semangat pelajar baru untuk berada di sekolah ini. Dengan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum maka memang patut sekolah ini dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster.
Di akhir program, para pelajar, ibu bapa dan guru-guru membuat akujanji.
Akujanji para pelajar
Akujanji para ibu bapa
No comments:
Post a Comment