Tajuk di atas dah cukup jelas apa yang akan aku 'update' kan kali ini. Ya sedar tak sedar usia perkhawinan kami menjangkau 17 tahun...
Alhamdulillah kepadaNya kerana sepanjang perkhawinan kami banyak ragam dan rintangan yang kami berdua berjaya tempuhi. Kehadiran 2 orang puteri yang sedang membesar amat membahagiakan kehidupan kami sekeluarga.
Inilah berkat restu kedua-dua orang tua serta keluarga kami berdua.
Jika dikenang semula pada awal perkenalan...kami dikenalkan oleh orang tua. Tiada istilah 'bercinta' dan 'berdating' macam anak muda sekarang. Hubungan jarak jauh turut menyebabkan kami berdua jarang berjumpa.
Hanya telefon yang memainkan peranan dan mengeratkan hubungan kami. Masa tue tak ada email, facebook, twitter dan sebagainya. Tapi bil telefon jangan cakaplah...ada kalanya sampai beribu-ribu.
Itu cerita 17 tahun yang lalu...
Sempena ulangtahun perkhawinan mestilah ada agenda yang kami rancangkan....bukan berdua tapi berlima...kacau daun betullah dia orang nie...ha ha ha...
Kami merancang berehat badan dan minda di Cyberview Lodge Resort & Spa...tak lah jauh mana pun....pinggiran KL aje...
Sampai aje terus 'posing' kat 'entrance' hotel
'Complimentary' dari hotel macam tahu2 aje kami lapar...
Inilah suasana bilik kami...semua perabut kayu
Ini bilik kami berdua...suasana 'honeymoon'
Yang ini pulak bilik anak2 + maklong...kakak aku ikut sekali
Empuk kan katil hotel nie...lena zzzzzzzzzzzzz........
Ini bilik mandi kelas!!!
Kak Long senyum aje...
Menarik tak lipatan towel nie...
Kemas dan menarik perhatianku...
Ketiga-tiganya disimpan dalam botol ceramik...semuanya bau serai
Suasana malam kat hotel nie dipenuhi dengan lampu hiasan...mungkin sempena krismas
Berseleranya anak-anak tengoklah apa yang diambil masa 'breakfast'
Muka-muka 'happy' perut dah kenyang
Tengoklah aksi-aksi kami berempat di kolam...
Hotel ini memang cukup sesuai bagi keluarga atau pasangan yang inginkan ketenangan untuk merehatkan diri. Ianya tidak jauh dari KL. Suasananya penuh kehijauan...lebih-lebih lagi bilik kami mengadap kolam renang. Apa-apa pun semua orang gembira dengan percutian ini....
Okaylah rasanya inilah percutian akhir kami pada tahun ini...bye.....
No comments:
Post a Comment