Sunday, 4 November 2012
Sabtu yang indah
Pagi nie lepas sembahyang subuh, kami sekeluarga berjogging kat Taman Ampang Hilir. Inilah rutin mingguan kami...walaupun malas!!! tapi tetap pergi dengan penuh semangat!!!
Bila sampai kat sana, orang masih tak ramai lagi...napa ye?? pelik juga sebab selalunya orang dah ramai waktu macam nie....mungkin ramai balik kampung...baru dapat gajilah katakan.
Kami berempat mula berjogging (berjalan laju aje) tapi baru 15 minit peluh dah mula terasa...sambil2 tu macam-macam ragam orang dapat diperhatikan. Ada yang berlari laju, lari anak2, berjalan laju (macam kami sekeluarga)dan ada yang sekadar berjalan mengambil angin. Tak kisahlah apa cara pun, yang penting beriadah.
Macam biasa aktiviti riadah kami selesai selepas 1 jam lebih (lama tak???). Selepas berjogging, kami akan bersarapan selalunya di kedai aje. Kali nie kat Restoran Rashid, dekat Ampang Point. Pelanggan memang ramai kat kedai ini. Roti canai dia memang sedap dengan kuah dal yang mengancam. Tak tipu!!! Nampaknya petang nie banyak urusan yang hendak dibuat. Nanti kita cerita lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment