Selamat pagi kekawan....agak lama tak update story kat blog nie... bukan saya sibuk tapi last week saya sekeluarga becuti ke Johor, ikut suami yang ada tugasan di Johor Bahru. Lagipun musim cuti sekolah dan dah lama saya tak ambil cuti tahunan. Asyik kerja, kerja dan kerja. Budak berdua tue 'happy'lah nak bercuti...dah plan macam2.
Percutian kami bermula pada hari Ahad yang lepas. Dari rumah agak awal, jalan pun x sibuk dan cuaca pun cantik aje. Kami hanya berhenti sekali sahaja untuk merehatkan badan (kalau x silap R&R Machap).
Hotel kami untuk percutian kali ini ialah HOTEL SILKA, Pasir Gudang.
Biliknya cukup selesa...aircondnya cukup sejuk
Dua beradik nie posing di lobby hotel
Hotel nie cukup selesa. Senang nak cari tempat makan dan senang nak cari. Kami berpuashati dengan layanan yang diberikan. Syabas kepada kakitangan hotel nie!!!
Hari pertama kami di sini x banyak aktiviti dilakukan kerana kami bercadang ke LEGOLAND pada keesokan harinya...nanti saya sambung cerita pasal LEGOLAND ye...TUNGGU!!!
No comments:
Post a Comment