Monday, 26 November 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO)

Assalamualaikum semua...

Hari nie saya nak sambung cerita jalan-jalan ke Johor.  Kali ini story pasal tempat shopping yang terkenal di Johor iaitu Johor Premium Outlets ataupun JPO.  Di sini terdapat pelbagai outlets berjenama seperti Carlo Rino, Bonia, Adidas, Coach, Charles & Keith dll.



Sekali lagi lupakan tarikh di gambar tersebut....lupa nak set kamera.



Kami singgah di JPO dalam perjalanan pulang ke KL.  Selesai aje 'check-out' dari hotel, kami pun terus ke JPO dengan menggunakan Highway Plus (Utara-Selatan).  Perjalanan ke sana kalau x silap dalam 30 minit sahaja.

Saya memang dah bercadang membeli beg CR dan T-shirt NIKE di sini.  Inilah hasilnya...


Sling beg...yes!!!


My new handbag


T-shirt NIKE

Disebabkan perayaan Christmas makin hampir maka kebanyakan outlet menawarkan potongan harga sehingga 70%.  Best kan...

Awin dan Ila juga shopping sakan...guna duit sendiri...disimpan dari awal tahun lagi semata-mata untuk bercuti di Johor.  Sikap ini telah saya amalkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.


Kacamata hitam jenama VINCCI...merah+kuning = RM30 (murahkan!!!)



Barang hasil belian di JPO

Kami berada di JPO selama 3 jam.  Kami sekeluarga amat berpuashati dengan barangan yang dibeli kerana harganya yang jauh lebih murah kerana hampir keseluruhan kedai memberikan potongan.

Kami bergerak pulang ke KL dalam pukul 3:30 petang.   Barulah terasa sakit kaki...lenguhnya berjalan dari satu kedai ke satu kedai.  Tak apalah bukannya selalu kan..kan..

No comments:

Post a Comment