Thursday, 31 January 2013

Makan-makan di Has-Raz

Assalamualaikum semua...

Episod makan-makan nie dah berlaku dalam bulan Disember yang lalu.

Kami sekeluarga sepakat nak makan western... so kami pun ke Has-Raz di Ampang Waterfront.  Tempat nie lebih selesa dari Has-Raz di Taman Bukit Indah.  Lebih luas dan banyak tempat duduk.  Servisnya pun cepat dan kuantitinya pun banyak.  Tak larat nak habiskan.

Okaylah tak mau cakap banyak2.  Tengok ajelah apa yang kami order malam tue...



 Untuk papa

 Chicken chop

 Sizzling Lamb Chop

Sizzling Chicken Chop








Thursday, 24 January 2013

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur

Assalamulaikum semua...

Lama juga saya tak bercerita di blog nie.  Sebelum itu, saya nak ucapkan 'Selamat Menyambut Maulidur Rasul' kepada semua ye...rasa-rasanya mesti ramai yang sambung cuti pada hari ini.  Iyalah sambung cuti Thaipusam sampai hari Isnin. Syoknya cuti kan..kan..

Oklah sebenarnya sebab lama saya tak berblog ialah menguruskan pendaftaran anak sulung saya ke Sek. Men. Teknik Kuala Lumpur.  Urusan pertukaran sekolah dan pengesahan dokumen perlu disiapkan dalam masa seminggu sahaja.  Bayangkanlah bagaimana terkejar-kejarnya saya dan suami.  Tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Pada pagi Isnin lepas, 21/01/13 bermulalah episod baru bagi anak sulung saya.  Kami bertolak dari rumah jam 7:00 pagi.  Perjalanan hanya mengambil masa 35 minit sebab tak ada kesesakan.  Ingatkan kami yang awal sebab mengikut jadual program bermula jam 8:30 pagi rupa-rupanya ada yang lebih awal dari kami.  Antara yang awal adalah keluarga abangku (anaknya juga mendaftar pada hari tersebut).

Dewan Sek. Men. Teknik Kuala Lumpur

Kami mengambil no. giliran (no. 17).  Ianya diambil di pintu masuk dewan mengikut jurusan yang diambil.  Memandangkan acara belum bermula maka kami bertiga ke kantin sekolah untuk sarapan.

Hanya teh tarik...muka 'nervous'

Apa yang menarik yang aku nak cerita ialah sambutan yang kami terima.  Sebaik sahaja kereta kami memasuki pagar utama, kami disambut oleh empat orang pelajar 'senior' yang memberikan program aturcara dan maklumat ringkas.  Kenderaaan yang masuk dikawal oleh pelajar-pelajar yang sedia menunggu di setiap laluan ke tempat 'parking'.  

Kami juga disapa dengan salam dan senyuman oleh para pelajar 'senior'.  Cukup tertib dan hormat.  

Selesai bersarapan kami bertiga ke dewan utama, kami diarahkan mendaftar mengikut nombor giliran yang diambil tadi.  Proses dokumentasi berjalan lancar. Semuanya diuruskan oleh pelajar.  Guru-guru hanya membantu sahaja.

Selepas urusan dokumentasi, kami menguruskan pula urusan asrama dan peralatan sekolah.  Anakku ditempatkan di Bilik Tanjung.  Sekali lagi kami disambut mesra oleh pelajar 'senior' yang sukarela membawa beg kami.  Disebabkan kami awal maka tak ada masalah memilih katil.  Pada hari tersebut, pelajar 'senior' membantu memasangkan cadar katil (cadar pelajar perempuan warna 'pink') terima kasih ye!!!

Selesai aje menguruskan asrama, para ibubapa dan pelajar baru diminta masuk semula ke dewan utama untuk taklimat oleh pengetua sekolah.  

Taklimat yang diberi cukup membangkitkan semangat pelajar baru untuk berada di sekolah ini.  Dengan pencapaian cemerlang dalam akademik dan kokurikulum maka memang patut sekolah ini dianugerahkan sebagai Sekolah Kluster.

Di akhir program, para pelajar, ibu bapa dan guru-guru membuat akujanji.


Akujanji para pelajar


Akujanji para ibu bapa

Selepas selesai taklimat dan mengisi beberapa borang, saya dan suami bergerak pulang pada pukul 2:00 petang.  Semoga kedua-duanya iaitu anak dan anak buahku berusaha gigih menimba ilmu di sekolah baru.

Thursday, 3 January 2013

Rindunya pada dia...

Assalamualaikum w.b.t...

Sesi persekolahan sudah bermula.  Minggu pertama nie mesti ibu bapa sibuk menguruskan persekolahan anak...betul tak!!

Jadual saya sekeluarga mula sibuk pada hari pertama tahun baru iaitu 1/1/13. Sebabnya kami harus menghantar semula anak sulungku ke asrama sekolah. Mengikut agenda taklimat akan bermula jam 10 pagi so sempatlah kami bersarapan di Little Craving One Utama.  

Suasana pagi tue di SMKDU agak sibuk dengan ibubapa dan para pelajar sampai tak cukup tempat duduk. Setelah selesai taklimat oleh gurubesar dan guru-guru penasihat maka bermulalah urusan pembayaran.

Alhamdulillah semuanya selesai jam 12:00 tengahari.  Nurin dah tak sabar nak masuk 'dorm' dan berjumpa dengan kawan2.  Tahun nie dah jadi senior...berlagak lah tue...Pesan mama pada Awin agar belajar bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik.

Bila dia tak ada di rumah rasa sunyi pulak...especially masa time masak.  Dia memang suka menolong di dapur.  Selama cuti sekolah nie dapatlah dia belajar dan cuba pelbagai resepi untuk kami.  Boleh tahan jugak masakannya.

Cepatnya masa berlalu...terasa baru aje menghantar dia masuk tadika.  Hanya tinggal dua tahun aje lagi Nurin di alam persekolahan...Mama doakan Nurin buat yang terbaik untuk SPM tahun hadapan!!!!


 Masa di Mid Valley last week...

Muka happy nak tengok show 3D