Thursday, 27 December 2012

17th Anniversary

A'mualaikum w.b.t.

Tajuk di atas dah cukup jelas apa yang akan aku 'update' kan kali ini.  Ya sedar tak sedar usia perkhawinan kami menjangkau 17 tahun... 

Alhamdulillah kepadaNya kerana sepanjang perkhawinan kami banyak ragam dan rintangan yang kami berdua berjaya tempuhi.  Kehadiran 2 orang puteri yang sedang membesar amat membahagiakan kehidupan kami sekeluarga.

Inilah berkat restu kedua-dua orang tua serta keluarga kami berdua. 

Jika dikenang semula pada awal perkenalan...kami dikenalkan oleh orang tua.  Tiada istilah 'bercinta' dan 'berdating' macam anak muda sekarang.  Hubungan jarak jauh turut menyebabkan kami berdua jarang berjumpa.  

Hanya telefon yang memainkan peranan dan mengeratkan hubungan kami. Masa tue tak ada email, facebook, twitter dan sebagainya.  Tapi bil telefon jangan cakaplah...ada kalanya sampai beribu-ribu.

Itu cerita 17 tahun yang lalu...

Sempena ulangtahun perkhawinan mestilah ada agenda yang kami rancangkan....bukan berdua tapi berlima...kacau daun betullah dia orang nie...ha ha ha...

Kami merancang berehat badan dan minda di Cyberview Lodge Resort & Spa...tak lah jauh mana pun....pinggiran KL aje...


Sampai aje terus 'posing' kat 'entrance' hotel




'Complimentary' dari hotel macam tahu2 aje kami lapar...



Inilah suasana bilik kami...semua perabut kayu



Ini bilik kami berdua...suasana 'honeymoon'



Yang ini pulak bilik anak2 + maklong...kakak aku ikut sekali



Empuk kan katil hotel nie...lena zzzzzzzzzzzzz........



Ini bilik mandi kelas!!!


Kak Long senyum aje...


Menarik tak lipatan towel nie...


Kemas dan menarik perhatianku...



Ketiga-tiganya disimpan dalam botol ceramik...semuanya bau serai




Suasana malam kat hotel nie dipenuhi dengan lampu hiasan...mungkin sempena krismas


Berseleranya anak-anak tengoklah apa yang diambil masa 'breakfast'




Muka-muka 'happy' perut dah kenyang





Tengoklah aksi-aksi kami berempat di kolam...

Hotel ini memang cukup sesuai bagi keluarga atau pasangan yang inginkan ketenangan untuk merehatkan diri.  Ianya tidak jauh dari KL.  Suasananya penuh kehijauan...lebih-lebih lagi bilik kami mengadap kolam renang. Apa-apa pun semua orang gembira dengan percutian ini....

Okaylah rasanya inilah percutian akhir kami pada tahun ini...bye.....




Wednesday, 19 December 2012

Tahniah Anakku

A'mualaikum semua....

Alhamdulillah dan tahniah...itulah ucapan yang dapat kuberikan kepada anak sulungku Nurin Fatinah di atas keputusan PMR yang diumumkan pagi tadi...

Kami sekeluarga tidak menyangka dia akan mendapat keputusan yang cukup cemerlang dan membanggakan.  Juga ucapan terima kasih kepada semua guru-guru SMK Damansara Utama dan Yayasan Selangor yang selama ini banyak membantu anakku...

Walaupun tanpa bantuan tuisyen luar tapi dengan usaha gigih Nurin berjaya juga...

 Masa nie dia tengah nervous....kenapalah cikgu tak panggil lagi untuk masuk dewan


Berdebar masa cikgu semak nama

Nampak sangat muka 'happy' orang sebelah tue tumpang sekaki ye Nabilah...moga Nabilah pun mengikut jejak langkah Along

Monday, 17 December 2012

Coklat Langkawi

A'mualaikum semua

Agak lama saya tak 'update' cerita dalam blog nie.  Bulan Disember nie jadual saya agak padat.  Selain kerja, hari minggu penuh dengan undangan perkhawinan, uruskan barang persekolah anak-anak, hari keluarga dan macam-macam lagi.

Oklah...kali nie saya nak tunjukkan barangan yang dibawa pulang suamiku semasa bertugas di Langkawi.  Kalau tak silap dia pergi pada pertengahan bulan November lalu.

Aku dan anak-anak tak ikut sebab jadual kerjanya yang padat dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Walau bagaimanapun ole-ole tetap dibawa pulang...




Coklat..........

Aku memang minat coklat Cadbury sebab tue sampai 3 paket dibelinya.  Yang lain-lain aku tak minat sangat lebih kepada anak-anak.  Terima kasihlah sebab ingat kat kami ye papa...

Tuesday, 4 December 2012

A Famosa (Part 2)


Salam sejahtera semua...

Kita sambung cerita di A Famosa ye... pada hari kedua aktiviti kami bertiga agak padat.  Suami ku x ikut sebab awal pagi dah pergi bermesyuarat.

Lepas sarapan pagi, kami terus pergi ke 'Water Park'.  Tak lah seronok sangat biasa2 aje...x mencabar langsung.  Lebih kurang 1jam setengah aje kami kat dalam tue...x salin baju pun...terus balik hotel.  Tak lalu lah nak salin baju.  Tandasnya berbau...anak-anak pun merungut.  Gambar memang saya tak ambil sebab malas nak bawa kamera.

Pada malamnya kami bertiga keluar awal untuk makan malam sebab nak tengok show jam 8:30 malam.  Bab nie saya puji...memang seronok.  Lihat saya foto-foto kami...




Kami seronok tengok persembahan bunga api!!




Aksi kami bertiga masa tunggu show 3D


Berposing sebelum balik ke bilik




Letihnya...habis aje show jam 10:45 malam, kami bertiga terus balik ke hotel.  Tidur lah apa lagi zzzzzzz......

Monday, 3 December 2012

Percutian ke A Famosa Resort (Hari Pertama)

Salam semua...

Hari Rabu minggu lepas kami sekeluarga mengikut papa ke Melaka atas urusan kerja.  Perjalanan kami bermula jam 10:00 pagi.  Agak lewat sebab papa terpaksa ke tempat kerja untuk menguruskan beberapa hal.

Perjalanan kami berjalan lancar.  Kami tiba di hotel lebih kurang jam 11:45 pagi.  Alhamdulillah kami dapat 'check-in' awal.  Mungkin sebab 'booking' dibuat atas nama jabatan kerajaan.

Inilah hotel kami untuk 3 hari...



Tak banyak aktiviti yang kami lakukan pada hari pertama di sini.  






 Inilah nombor bilik kami

Saya akan ceritakan lagi aktiviti kami pada hari ke 2 & ke 3 ye....tunggu ajelah...

Monday, 26 November 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS (JPO)

Assalamualaikum semua...

Hari nie saya nak sambung cerita jalan-jalan ke Johor.  Kali ini story pasal tempat shopping yang terkenal di Johor iaitu Johor Premium Outlets ataupun JPO.  Di sini terdapat pelbagai outlets berjenama seperti Carlo Rino, Bonia, Adidas, Coach, Charles & Keith dll.



Sekali lagi lupakan tarikh di gambar tersebut....lupa nak set kamera.



Kami singgah di JPO dalam perjalanan pulang ke KL.  Selesai aje 'check-out' dari hotel, kami pun terus ke JPO dengan menggunakan Highway Plus (Utara-Selatan).  Perjalanan ke sana kalau x silap dalam 30 minit sahaja.

Saya memang dah bercadang membeli beg CR dan T-shirt NIKE di sini.  Inilah hasilnya...


Sling beg...yes!!!


My new handbag


T-shirt NIKE

Disebabkan perayaan Christmas makin hampir maka kebanyakan outlet menawarkan potongan harga sehingga 70%.  Best kan...

Awin dan Ila juga shopping sakan...guna duit sendiri...disimpan dari awal tahun lagi semata-mata untuk bercuti di Johor.  Sikap ini telah saya amalkan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.


Kacamata hitam jenama VINCCI...merah+kuning = RM30 (murahkan!!!)



Barang hasil belian di JPO

Kami berada di JPO selama 3 jam.  Kami sekeluarga amat berpuashati dengan barangan yang dibeli kerana harganya yang jauh lebih murah kerana hampir keseluruhan kedai memberikan potongan.

Kami bergerak pulang ke KL dalam pukul 3:30 petang.   Barulah terasa sakit kaki...lenguhnya berjalan dari satu kedai ke satu kedai.  Tak apalah bukannya selalu kan..kan..

UNIKNYA LEGOLAND

Assalamualaikum semua,

Ok hari nie saya nak sambung cerita pasal Legoland.  Hari kedua kami di Johor nie memang kami sekeluarga dah bercadang ke Legoland.  


Tiket kami beli direct dari hotel.  Murah dan cepat.  Harganya RM98 (dewasa) aje tapi kalau beli di Legoland sendiri lebih mahal kalau tak silap RM140 (dewasa).



Tiket untuk 4 orang

Kami bergerak dari hotel agak lewat dalam pukul 10:00 pagi sebab pagi tue hujan turun agak lebat.  Niat nak keluar awal terpaksa dibatalkan.  Budak berdua nie dah tak sabar nak ke sana.

Lebih kurang pukul 11:00 pagi kami tiba di Legoland.  Masa nie masih lengang kereta dan bas tidak banyak lagi.  Alhamdullillah....cuaca sepanjang kami di sini tidak panas, mendung aje tapi tak hujan.  Apa-apa pun saya tetap bawa payung dan topi.  Lihatlah gelagat kami!!!  Lupakanlah tarikh dan masa pada foto-foto tue ya...saya lupa nak settingkan kamera tue...

  
Teruja & tak sabar nak masuk




Tempat nie very colourful...





Macam cerita MERLIN!!!



Kreatif!!!







Orang Lego nie sama tinggi dgn saya



Posing dulu...masa nie nak tengok show 4D... terbaik

Kalau sesiapa ke sini jangan lupa tengok show 4D sebab sungguh menarik.  Saya tak pernah lagi tengok show macam nie...tak dapat nak diucapkan dengan kata2...walaupun shownya hanya 20 minit tapi sungguh menghiburkan.


Alas perut dengan juice & french fries...

Legoland nie bukan hanya tertumpu kepada satu golongan sahaja tapi merangkumi semua golongan dari kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.  Kemudahannya pun cukup selesa...baik tempat makan, tandas dan tempat merokok.  Segalanya tersusun dan bersih.

Masa 5 jam di sini tak terasa langsung...cukup menghiburkan...kami bergerak keluar pada pukul 4:00 petang.  Walaupun muka masing-masing letih tapi rasa berbaloi sesangat....  Kami sempat membeli souvenir...buku lego Harry Porter, key chain & bag buat kenangan yang kami telah ke sini.

Sampai aje di hotel, mandi dan berehat barulah rasa kepenatannya....esok hari terakhir di sini....dah plan shopping di Johor Premium Outlet (JPO).  Tunggu aje sambungan cerita nie...