As-salam hari Jumaat,
Langkawi adalah tempat percutian kami pada tahun ini.
Memang kami tak rancang ke sini...rezeki Allah beri...alhamdulillah. Anak-anak memanglah suka bila dengar nak bercuti sebabnya memang kami suami isteri tak ada plan langsung nak bercuti tahun ini apatah lagi ke Langkawi.
Preparation pun kelam kabut. Suami maklumkan lagi 2 minggu nak bercuti. Lepas 'meeting' dengan anak-anak, semua bersetuju menaiki keretapi dari KL ke Alor Setar dan balik nanti naik 'flight' dari Langkawi ke KL.
Anak-anak memang suka naik keretapi...katanya dah lama tak naik.
Esoknya kami ke KL Sentral untuk beli tiket keretapi dan kapal terbang. Masa ke kaunter KTM orang tak ramai.
Nasib kami baik kerana tiket untuk tempat tidur masih ada. Itupun tingkat atas katil yang masih ada katil bawah semua dah dibeli orang. Frust...bila dengar katil bawah dah habis.
Suami tanya saya "macam mana nak tak tidur katil atas".
Saya jawab "ok lah tu daripada tak ada, saya tak sanggup koc yang duduk aje sakit badan".
Alhamdulillah saya dapat tahu suami dan saya dapat diskaun yang agak banyak sebab suami saya bekas penjawat awam. Suami hanya tunjukkan kad pesara dia.
Dah settle satu bab.
Seterusnya kami ke Ground Floor di KL Sentral untuk ke kaunter MAS. Senangkan satu tempat macam-macam boleh diuruskan.
Urusan di MAS pun berjalan lancar sebabnya kami dah 'check' waktu flight. Alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan urusan kami.
Dua minggu kemudian....
Jam 5:30pm kami dah bergegas ke LRT Ampang untuk ke KL Sentral. Masa nie orang tengah sibuk balik rumah dari tempat kerja so faham-faham ajelah cam mana sesaknya.
Masa beli tiket LRT, kami beli tiket sampai ke Masjid Jamek. Nabilah cakap terus beli tiket ke KL Sentral tapi kami buat tak faham aje...nah engkau bila sampai kat stesen LRT Masjid Jamek nak tukar tren ke KL Sentral orang dah macam semut. Terkial-kial suami dan aku cari kaunter tiket ke KL Sentral.
Dengan muka tebal kami tanya kat pengawal keselamatan kat situ...hehehe...
Akhirnya sampai juga di KL Sentral....bayangkan dengan 4 beg besar kami redah tren LRT...berpeluh beb!!!
Tren kami Senandung Langkawi jam 9:30 malam so sempatlah kami berempat sembahyang di KL Sentral sebelum bergerak ke Alor Setar.
Inilah suasana dalam koc kami...
Masing-masing dah masuk tidur...nie dalam pukul 11:00 malam
En. Suami merayau-rayau & I pulak senyum aje...happy
Dah baring tapi sebab 'excited' so mata pun bulat lagi hehehe...
Nabilah dah ready dengan jaket nak masuk tidur
Masih sempat posing...senyum
Muka penat...
Hubby terpaksa check budak-budak sebab katil kami dan budak-budak jauh
Okay rasanya cukup cerita saya untuk part 1 nie... nanti part 2 saya akan ceritakan destinasi seterusnya ye...bye...
No comments:
Post a Comment