Alhamdulillah saya sihat aje begitu juga keluarga. Suami juga beransur sihat dari denggi dan selera makan pun dah ada.
Bagi yang tak sihat tue banyakkan berehat. Hari nie saya kelapangan berbanding semalam sebab semalam pejabat kami ada pelawat. Walaupun acaranya sehingga tengahari aje tapi cukup memenatkan. Syukur majlis berjalan lancar.
Okay...hari nie saya nak bercerita pasal makanan nasi arab damsyik di senawang. Acara makan-makan nie ditaja oleh anak buah aku.
Kami ke sana dengan 3 buah kereta dengan 10 orang dewasa dan 2 kanak-kanak. Aku nak sangat rasa keenakan nasi arab nie sebab anak buah aku cakap nasinya memang sedap.
Konsep tempat nie dia akan hidangkan nasi dalam dulang. Mak ai! banyaknya satu dulang boleh makan empat orang. Macam aku sekeluarga (4 orang) memang sesuai sangat. Nasi arab ayam dia memang sedap, nasi tidak berminyak dan ayam yang cukup lembut (masa taip nie pun aku telan air liur tau!!). Minuman pulak aku sarankan ambil air habatus sauda terbaik beb!!.
Oklah bagi mereka yang kelapangan sila ke restoran nie...
No comments:
Post a Comment