Friday, 29 November 2013

Tarikh Keramat - 27/11/13

Salam Jumaat semua...

Wah sekarang nie saya tengah happy sangat.  Berbunga rasa hati.  Moga Tuhan perkenankan niat di hati.  Insyallah...

Apa terjadi pada tarikh tue ye...Jeng,jeng,jeng

Sekarang saya dah sah jadi Shaklee Independent Distributor.  Permulaan baru dan semangat baru.  Moga Allah perkenankan langkah awal ku ini.  Moga diberikan semangat kental dan semangat berjuang.

Dalam blog ini saya akan kongsikan kebaikan produk Shaklee yang terbukti berkesan dan semestinya halal.  Moga-moga perkongsian ini akan dapat membantu anda di luar sana. Insyallah...

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli dengan harga ahli bolehlah menggunakan ID saya seperti berikut:

ID Shaklee : 1082925
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi saya hp/whatsapp : 012-3038192

Thursday, 21 November 2013

Nasi Arab Damsyik Senawang

Salam Jumaat

Alhamdulillah saya sihat aje begitu juga keluarga.  Suami juga beransur sihat dari denggi dan selera makan pun dah ada.

Bagi yang tak sihat tue banyakkan berehat.  Hari nie saya kelapangan berbanding semalam sebab semalam pejabat kami ada pelawat.  Walaupun acaranya sehingga tengahari aje tapi cukup memenatkan. Syukur majlis berjalan lancar.

Okay...hari nie saya nak bercerita pasal makanan nasi arab damsyik di senawang.  Acara makan-makan nie ditaja oleh anak buah aku.  


Kami ke sana dengan 3 buah kereta dengan 10 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.  Aku nak sangat rasa keenakan nasi arab nie sebab anak buah aku cakap nasinya memang sedap. 

Konsep tempat nie dia akan hidangkan nasi dalam dulang.  Mak ai! banyaknya satu dulang boleh makan empat orang.  Macam aku sekeluarga (4 orang) memang sesuai sangat.  Nasi arab ayam dia memang sedap, nasi tidak berminyak dan ayam yang cukup lembut (masa taip nie pun aku telan air liur tau!!).  Minuman pulak aku sarankan ambil air habatus sauda terbaik beb!!.

Oklah bagi mereka yang kelapangan sila ke restoran nie...


Sunday, 10 November 2013

Sup Ketam...Ubat Denggi??

Salam Semua...

Lama tak menulis di blog nie...

Agak sibuk sikit lebih-lebih lagi akhir bulan Okt yang lalu.  Pasal apa?  Sebab suamiku dimasukkan ke Ampang Puteri...denggi.

Seminggu dia demam tak baik juga.  Akhirnya kami ke Ampang Puteri.  Platelet dia turun mendadak risaunya...Aku buat cool aje tapi dalam hati Tuhan yang tahu.  Doktor minta masuk wad.  Nasib baik insuran AIA tak ada masalah alhamdulillah.

Lima hari kami berkampung di hospital.  Hari-hari aku buatkan sup ketam untuk dia.  Aku hanya kerja 1/2 hari aje...thanks boss sebab memahami.

Selama di hospital aku bekalkan dia sup ketam, air 100Plus serta buah kiwi.  Ini pun orang yang beritahu.  Tapi memang betul berkesan sebab platelet dia naik setiap kali check darah. Barulah ada selera makan kalau tak nasi pun tak sentuh.



Lemah betul...