Hari nie dah Jumaat, suka sangat mestilah esok kan cuti. Plan nak kemas rumah. Aku sekarang dah pindah ke rumah pusaka arwah abah dan mak. Bila aku pindah?? Nanti aku cerita ye...
Entri kali nie nak cerita pasal Secret Recipe yang baru buka kat office aku Sunway Giza Kota Damansara. Sekarang nie tengah buat promosi kek. Pantang waktu lunch bebudak office nie mesti terjah tempat tue...apa yang special cuba tengok...
Jealous betul tengok bebudak office nie hari2 beli kek. Siap ambil order dan ada tukang beli. Tak boleh jadi ni...so semalam aku pun jalankan misi. Aku beli 2 slices kek oreo lepas tue yang free aku pilih turkish indulgence dan yogurt cheese. Untungkan...
Promosi nie sampai 31 Ogos dan hanya di Secret Recipe Sunway Giza Kota Damansara. Tempat lain tak buat promosi nie.
So malam tadi lepas ambil Nabilah dari tuisyen kami tiga beranak lepaskan gian makan kek mahal...fuh sodap!!!
Oreo cheese
Turkish indulgence
Misi nie tak selesai lagi tau sebab pepagi lagi si suami dah call. "Tolong belikan kek untuk Nurin nak bawa masa melawat dia weekend nie". Ok sir...
No comments:
Post a Comment