Thursday, 29 August 2013

Kek Secret Recipe...terbaik

Salam jumaat, hi apa khabar...


Hari nie dah Jumaat, suka sangat mestilah esok kan cuti.  Plan nak kemas rumah. Aku sekarang dah pindah ke rumah pusaka arwah abah dan mak.  Bila aku pindah?? Nanti aku cerita ye...

Entri kali nie nak cerita pasal Secret Recipe yang baru buka kat office aku Sunway Giza Kota Damansara.  Sekarang nie tengah buat promosi kek.  Pantang waktu lunch bebudak office nie mesti terjah tempat tue...apa yang special cuba tengok...



Jealous betul tengok bebudak office nie hari2 beli kek.  Siap ambil order dan ada tukang beli.  Tak boleh jadi ni...so semalam aku pun jalankan misi.  Aku beli 2 slices kek oreo lepas tue yang free aku pilih turkish indulgence dan yogurt cheese.  Untungkan...

Promosi nie sampai 31 Ogos dan hanya di Secret Recipe Sunway Giza Kota Damansara. Tempat lain tak buat promosi nie.

So malam tadi lepas ambil Nabilah dari tuisyen kami tiga beranak lepaskan gian makan kek mahal...fuh sodap!!!

Oreo cheese

Turkish indulgence

Misi nie tak selesai lagi tau sebab pepagi lagi si suami dah call.  "Tolong belikan kek untuk Nurin nak bawa masa melawat dia weekend nie".  Ok sir...

Tuesday, 13 August 2013

Kisah Hari Raya Kami

Selamat Hari Raya semua...

Aku baru masuk kerja hari nie.  Mood kerja tak sampai lagi.  Member-member office ramai yang cuti lagi lengang kemain sunyi sepi.

Hari nie aku dah start puasa.  Anak-anak pun ikut puasa jugak cuma papanya aje yang malas nak join kita orang.  Memang gini lah aku suka puasa enam dan puasa ganti sebaik aje hari raya.  Bukan apa...senanglah nanti tak yah terkial-kial nak ganti puasa tahun depan.

Sambutan hari raya kami sekeluarga amatlah sederhana.  Aku dan suami hanya ambil 2 hari cuti Hari Raya sebabkan bulan Oktober nanti aku plan nak cuti panjang sikit anak buah nak khawin dan hujung tahun aku selalunya bercuti bersama family.

Kali ini hari raya macam tahun-tahun sudah.  Pepagi lagi kami ke masjid untuk sembahyang raya.  Selalunya aku akan ke masjid awal tapi tahun ini ingatkan tak ramai orang.  Nah kau sekali sampai di masjid dah tak ada tempat lagi.  Padan muka aku confident sangat.  Last-last kami dapat tempat di luar kawasan solat muslimah.  Nasib baiklah pihak masjid bentang tikar kalau tak alamatnya sembahyang atas jubin masjid ajelah.  Macam manapun aku bersyukur kerana dapat menunaikan solat hari raya sekali lagi pada tahun ini. Alhamdulillah.

Balik solat terus aje kami balik rumah bersalaman dan bermaaf-maafan.  Bab nie selalunya sedih sikit. Banyak dosa pada suami.  Maafkan ayang ye bang!!! Lepas bermaaf-maafan aje kami pun berposing sakan untuk kenang-kenangan.

Keluarga kecil kami

Apa kes nie happy aje semua orang

Senyum aje mesti dapat duit raya

Nabilah susun ayatlah tue!!

Nurin rockz dan Nabilah peace...


Sunday, 4 August 2013

Shopping Raya



Salam semua,

Hari nie dah 27 Ramadhan...cuaca sejuk aje sebab hujan pagi tadi.  Hati pun seronok aje dalam perjalanan ke tempat kerja jalan 'clear' tak ada sangkut langsung.  Kat radio pun asyik pasang lagu raya.

Tak sabar rasanya nak cuti raya.  Aku akan mula bercuti hari rabu ini.  Semalam pun dah start goreng kacang untuk buat kuah kacang.  Semangat betullah.  Tahun nie aku tak beli baju raya pun sebab bulan Oktober nanti anak buah nak khawin so alang-alang aje nak beli baju.  Baik aku beli bulan depan aje tapi aku plan nak beli telekung baru.  Lagipun bonus dah masyuk!!! alhamdulillah. 

Semalam aku sekeluarga pergi shopping kuih raya kat KLCC. Ada satu gerai tue dia punya kuih raya memang best especially tart nenas...terbaik.  Gerai dia betul-betul kat escalator berdekatan kedai kasut Nose dan kedai Charles & Keith.  Kami beli tart nenas, kuih suji dan almond london. Untuk keluarga mertua pun aku belikan.  Insyallah malam raya nanti kami hantar ye...

Aku tengok kat KLCC nie dia orang decorate tempat nie dengan ketupat besar dan ada stage rumah kampung kat kawasan lobby.  Cukup menarik terasa macam kat kampung.  Semalam juga ada dance performance syok betul...bukan hanya mat salleh yang minat orang kita pun minat tengok.  Barulah terasa nak raya.  Betul tak? 


Tengoklah ketupat nie besar kan!!!





Buat semua pembaca kami sekeluarga mengucapkan 'SELAMAT HARI RAYA'.  Moga Hari Raya ini memberikan kenangan terindah buat semua.