Sunday, 9 June 2013

Melaka Oh Melaka

Kenapa Melaka sering menjadi destinasi percutian kami??

Sudah tentulah ianya tempat lokasi percutian yang hampir dengan KL...tak jauh, lebih jimat wang dan masa perjalanan.

Sekali lagi kami sekeluarga ke Melaka pada cuti sekolah baru-baru ini.

Kami memulakan perjalanan dari rumah lebih kurang jam 9:00 pagi.  Perjalanan yang lancar dan sungguh menceriakan.

Setiba di Air Keroh agak awal kerana tiada kesesakan lalu lintas.  Kami setuju untuk ke Klebang nak pekena Coconut Shake.


Memang terbaik Coconut Shake nie bila cuaca panas segelas memang tak cukup.  


Nasi lemak nie nampak aje simple tapi terbaik!!

Kepada sesiapa yang teringin ke sini ianya senang untuk dicari.  Ikut aje jalan ke Klebang...anda akan jumpa Caltex dan ianya hanya bersebelahan dengan station minyak ini.

Perut pun dah kenyang hati pun senang nak check-in di hotel.  Tapi malangnya lain yang terjadi.  

Suasana lobi hotel cukup sesak...pelbagai ragam dapat dilihat.  Lebih kurang 20 minit kami berbaris barulah sampai giliran kami untuk urusan check-in. 

Malangnya kami dimaklumkan bilik belum siap.  Kakitangan hotel akan maklumkan jika bilik siap.  Panas aje hati nie..  Nak tahu berapa lama kami tunggu...2 JAM itupun tak ada sesiapa yang call.

Geramnya!!! Akhirnya aku minta juga bilik tapi bukan melalui kaunter tapi staff bertugas yang mejanya di lobi hotel.  Masa tue muka aku dah tak boleh senyum...cukuplah ini dan terakhir aku duduk kat hotel nie nasib baik satu malam aje...



  

No comments:

Post a Comment