Thursday, 27 June 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM 2013

As-salam semua

Panjang pulak tajuk kat atas tue ye...rasanya dah boleh agak apa yang nak diceritakan kali ini...

Rabu lalu 26/06/13 kami sekeluarga dijemput ke majlis tersebut.  Anak kami yang sulung Nurin telah tersenarai sebagai salah seorang penerimanya.  Ini di atas kejayaan dia mendapat 7A pada PMR tahun lalu.

Tahun ini penerima insentif PMR dan SPM cukup ramai kalau tak silap 900 lebih pelajar yang tersenarai.  Tapi majlis ini telah dibahagikan kepada 5 lagi lokasi yang berasingan dan di luar KL.  Pandai sungguh anak-anak sekarang. Kami cukup kagum dengan anak-anak yang berjaya mendapat 9A++ dan 10++ dalam SPM tahun lalu.

Tak mahu cakap banyak moh kita tengok foto sepanjang majlis tersebut ye!!

 Tengah breakfast sebelum majlis berlangsung


Suasana di dalam Auditorium


 Masing-masing tengah mencari tempat duduk


 Para pelajar tengah mendengar taklimat


 Nurin tengah beratur menunggu giliran berdebar-debarlah tue!!


 Nurin disoal oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT)


 Buku aturcara


 Wah!! dapat cek ye...bolehlah belanja kita orang Coffeebean...


Sijil Penghargaan

Wednesday, 19 June 2013

Melaka...Destinasi Percutian Setiap Tahun

Masa kami sekeluarga bercuti ke Melaka, kami sempat berjalan-jalan di bandar Melaka.

Antara tempat yang dikunjungi ialah Jonker Street.  Ini pun atas permintaan Nurin,  dah berulang kali dia minta ke sini.  Kesian pulak.

Kami seronok berjalan dan melihat barang-barang yang dijual di sini.  Antaranya gula tarik.  Nurin dan Nabilah memang tak pernah makan gula tarik ini.  Rasanya aku pun dah berbelas tahun tak makan.


Amoi yang jual gula-gula nie malu bila aku kata nak ambil gambar dia.  Kami beli perasa original.  Harganya hanyalah RM1 aje.  Murahkan!!!

Dari Jonker Street kami berjalan ke Kota Merah.  Duduk-duduk sambil menikmati air pancut.


Masa kami ke sini musim cuti sekolah jadi pengunjung memanglah ramai.


Nampak tak Nurin tengah menarik gula-gulanya.  Jenuh jugak nak habiskan.

Walaupun setiap tahun kami bercuti ke Melaka tetapi kami tak pernah jemu.  Kenapa ye??




Sunday, 9 June 2013

Melaka Oh Melaka

Kenapa Melaka sering menjadi destinasi percutian kami??

Sudah tentulah ianya tempat lokasi percutian yang hampir dengan KL...tak jauh, lebih jimat wang dan masa perjalanan.

Sekali lagi kami sekeluarga ke Melaka pada cuti sekolah baru-baru ini.

Kami memulakan perjalanan dari rumah lebih kurang jam 9:00 pagi.  Perjalanan yang lancar dan sungguh menceriakan.

Setiba di Air Keroh agak awal kerana tiada kesesakan lalu lintas.  Kami setuju untuk ke Klebang nak pekena Coconut Shake.


Memang terbaik Coconut Shake nie bila cuaca panas segelas memang tak cukup.  


Nasi lemak nie nampak aje simple tapi terbaik!!

Kepada sesiapa yang teringin ke sini ianya senang untuk dicari.  Ikut aje jalan ke Klebang...anda akan jumpa Caltex dan ianya hanya bersebelahan dengan station minyak ini.

Perut pun dah kenyang hati pun senang nak check-in di hotel.  Tapi malangnya lain yang terjadi.  

Suasana lobi hotel cukup sesak...pelbagai ragam dapat dilihat.  Lebih kurang 20 minit kami berbaris barulah sampai giliran kami untuk urusan check-in. 

Malangnya kami dimaklumkan bilik belum siap.  Kakitangan hotel akan maklumkan jika bilik siap.  Panas aje hati nie..  Nak tahu berapa lama kami tunggu...2 JAM itupun tak ada sesiapa yang call.

Geramnya!!! Akhirnya aku minta juga bilik tapi bukan melalui kaunter tapi staff bertugas yang mejanya di lobi hotel.  Masa tue muka aku dah tak boleh senyum...cukuplah ini dan terakhir aku duduk kat hotel nie nasib baik satu malam aje...