Masa aku kecil dulu time raya aje dapat makan kuih kapit
Suka makan tapi seingat akulah arwah mak memang tak pernah buat kuih nie
Paling aku suka time balik kampung...setiap rumah mesti ada balang kuih kapit tak kiralah yang gulung atau yang lipat. Mahu satu balang aku makan tapi memandangkan kat rumah orang so beradablah sikit hehehe...
Tapi sekarang dah berubah. Kalau dulu kena tunggu raya tapi sekarang mudah aje nak beli. Bukan aje perasa original tapi yang berinti pun ada contohnya inti peanut, strawberry dan coklat.
Pasal apa pulak aku beriye-iye cerita pasal kuih kapit???
Sebab aku sekarang nie dah berkecimpung dalam jualan kuih kapit. Original dari kampung. Selain dari membantu industri kecil dapatlah juga tambah duit poket.
Kuih kapit biasa - 52 keping (RM14)
Kuih kapit inti (coklat, strawberry, peanut) - 48 keping (RM18)
Berminat bolehlah pm/whatsapp 012-3038192
Tuesday, 29 September 2015
Selamat Hari Kopi Antarabangsa
Mamacun dan kopi tak boleh dipisahkan hehehe...
Apasal lak topik kopi hari nie. La...kan hari nie Hari Kopi.
Bagi pengemar kopi mesti dah sedia maklum pasal Hari Kopi.
Foto dari google |
Tengok gambar kopi nie pun aku dah rasa nyaman belum lagi minum.
Masa muda remaja dulu aku bukanlah peminat tegar kopi. Kalau pergi rumah orang dan diorang hidang kopi memang aku tak sentuh.
Tapi aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Aku sekarang lebih suka minum kopi lebih2 lagi kalau kopi Coffeebean. Outlet Coffeebean yang paling aku suka mestilah kat Genting Highland.
Dengan cuaca nyaman pekena pula kopi dan kek kat situ memang terangkat meleleh airliuq. Tak caya??
SELAMAT HARI KOPI
Sunday, 27 September 2015
Yeah!! Cuti Lagi
Amboi ke main suke ye cuti2
Dari semalam anak saya sibuk check whatsapp
Cuti ke tidak....jerebu makin teruk
Mama...tolong check fb gurubesar
Ada tak pasal cuti esok. Suka yang amat bila kementerian keluarkan kenyataan esok cuti bagi sekolah di Selangor
Iye juga risau aku bila tengok jerebu nie makin sesak nafas dibuatnya. Dah lah semalam setengah hari aku berkampung kat Terminal Udara KL Sentral pasal hantar si sulung balik UiTM Seri Iskandar. Patutnya bas sampai pukul 11:30am ditunda ke pukul 1:30pm.
Dahlah jerebu ditambah lagi dengan budak MRSM, UiTM dan lain2 student yang tunggu bas masing2.
Apa2 pun kita doakan moga cuaca di Malaysia semakin baik ye kawan2....

Subscribe to:
Posts (Atom)