Thursday, 22 May 2014

Dunia Baruku

Salam semua,

Rupanya dah 3 bulan saya tak update dalam blog nie.  Sekarang jadual saya lebih sibuk kerana baru meletakkan jawatan dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Cukuplah selama 3 tahun saya berulang alik dari Ampang ke Kota Damansara.  Rasa tak berbaloi kerana gaji habis untuk minyak kereta, tol, makan dan parking.

Sekarang saya rasa lebih aman, gembira dan tak lagi terkejar ke office dan tak lagi lewat sampai di rumah.

Apa saya buat sekarang???


Alhamdulillah segalanya disusun olehNya.  Impian kami suami isteri tercapai juga untuk membuka Pusat Tuisyen.  

Saya semakin sibuk dengan kerenah student yang pelbagai ragam.  

Okaylah nanti saya upload gambar tempat kerja baru saya ye...