Salam semua
Dua minggu lepas hari raya suami aku buat keputusan...pindah rumah. Bukan rumah baru okay...tapi rumah tinggalan arwah mak dan arwah abah. Sebelum ini kami hanya sewakan kepada orang. Faham-faham ajelah kalau bagi kat orang. Macam nak pengsan aku tengok dalam dan luar rumah. Sakitnya hati nie kita bagi sewa dengan keadaan yang baik tapi bila ambil balik ya Allah dah tak macam rupa rumah.
Macam-macam yang perlu dibaiki habis duit simpanan. Mana nak raya, mana nak baikkan rumah. Alamatnya kami sambut raya dengan ala kadar aje tahun nie. Tak apalah itulah dinamakan pengorbanan...setuju tak!!
Kerja-kerja mengemas rumah nie kami buat sebelum bulan puasa. Iyalah takan nak kemas rumah masa bulan puasa. Mahu aku teguk air bergelen-gelen. Dalam rumah kami cat sendiri dalam 3 hari aje dah siap. Aku lapik lantai dengan tikar getah. Beli tikar getah aje RM300++. Aku beli yang elok dan tebal, penuh satu rumah.
Alhamdulillah kerja-kerja nie siap dua hari sebelum puasa. Jom tengok kerja-kerja pembersihan dijalankan.
Masa nie tengah buang sawang sebelum proses mengecat
Sedia untuk kerja mengecat
Bahagian atas dia orang bagi kat aku...lenguh leher
Dah macam kontaktor pulak ye....