Thursday, 9 May 2013

JJCM Restoren Upin & Ipin

As-salam kepada semua

Bulan April lalu kawasan rumah kami menghadapi gangguan bekalan air rasanya dalam dua hari.  Mulai hari Jumaat sampailah petang hari Sabtu.  Aduh!! seksa rasanya tak ada air.  

Jadinya disebabkan tak ada air dapurku pun tutuplah ye...hehehe.  Sekali sekala rehat apa salahnya.

Esoknya Nabilah ajak aku lunch di Bandar Baru Bangi...Restoren Upin & Ipin.  Aku main redah aje tak berapa sure jalannya tapi alhamdulillah sampai juga.


Antara lukisan pada dinding restoren

Jom tengok menu apa yang kami berdua pilih

Air ribena dia memang sedap

Nasi ayam untuk Nabilah

Ini saya punya

Apa yang boleh dikatakan menu yang dihidangkan boleh2 aje...tapi menu untuk kanak-kanak kami tak tahulah.  Tapi kami enjoy makan kat sini sebab pelanggan turut ditayangkan kartun Upin & Ipin sepanjang berada di sini. 

Turut dipamerkan souvenir/cenderahati untuk dibeli oleh pelanggan yang berminat.  Sorry ye kami tak sempat nak ambil gambar barang2 souvenir tue.