Thursday, 28 February 2013

Pemberian Bos Lama

Salam Jumaat,

Hari Selasa yang lalu saya menerima kunjungan dari bos lama.  Itupun atas urusan kerja.

Agak lama saya tak bertemu dengan beliau.  Saya mengenalinya lebih kurang 18 tahun.  Cukup lama hingga saya menganggapnya seperti bapa sendiri.

Beliau kelahiran Malaysia (bangsa Cina) tapi sekarang merupakan warganegara Australia.  Banyak mengajar saya tentang kerja dan kehidupan.

Setiap kali bertemu dengan saya pasti ada ole-ole dari Australia. Tengoklah apa yang diberikan kepada saya...

Thanks boss....



Thursday, 14 February 2013

Takziah

Assalamualaikum hari Jumaat

Subuh tadi saya menerima sms daripada kawan sekerja.  Teksnya ringkas memaklumkan pemergian isteri tercinta setelah bertahun bertarung dengan penyakit kanser.

Tergamam aku...sesampai di pejabat masing-masing sibuk memaklumkan kepada rakan-rakan lain.

Kelulusan diberi oleh boss untuk menziarahi keluarga arwah.

Perasaan sayu dan pilu sesampainya kami di Masjid Kg. Limau Manis, Pinggiran Putra.  Cuaca mendung mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Semua urusan pengebumian berjalan lancar.  Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Moga rohnya dicucuri rahmat...Alfatihah....